Bersalin di Pantai Hospital: part 1

Hi Everyone 🙂

Sebelom baca, please beware this is gonna be karangan panjang ;p

Ini kisah my trauma bersalin anak no. 2, yang first dah trauma jgk … tapi yg ni lagi menyayat hati *sobs* mngkin banyak dosa kut jadi Allah nk hapuskan in sha Allah… 😀

al kisah pregnancy this time yang dah byk depress time pregnant sampai ke hari bersalin dan masa pantang ada sikit mula2 sebab life phase dah berubah huhu… hidup mcm tak jejak di bumi huhu

Ok nak dijadikan cerita, when I was in 35 weeks preggy , which was 5 days before Raya  ( Hari Selasa, raya hari ahad ) I ada appointment dengan my gynae at that time kat Hospital KPJ tawakkal jalan pahang tu. Gynea perempuan. Dia asyik duk cerita yang ramai patients under dia deliver at 35 weeks ! I dengar jelah takde suspect apa2 pun …

Memang I selalu rasa braxton hicks tu since I 5 bulan lagi .. ditambah dengan baby memang dari awal macam turun sangat, dari awal dah sakit nak jalan terasa macam dihiris2 pisau kat bhg bawah (sometimes) .. dan doc asyik cakap baby you agak besar ni. Oh ya, before that I checkup dengan dr dekat area rumah ni jer .. Dr ni mula2 predict my baby a girl sebab dia xnampak testis dia kata ( dah bagi harapan palsu :p ) pastu found out lain lagi frust haha tapi I dah redha dengan rezeki Allah bagi Alhamdulillah ;))

Ok back to the appointment tadi, hari tu gynea tu kata dia nak check jalan – vaginal examination ( VE). I dah la phobia bab ni.. phobia yang amat sebab I jenis pengilu sikit. Sakit perut contraction boleh lagi nak hadap.. tapi bab kena seluk2 bagai ni memang tak suka ! So hari tu dia seluk dah la kasar … lama + korek cari servix opening tak jumpa.. tambahan I memang susah nak bagi dia seluk tu LOL. Sebab dia bagi ayat kecam .. cuba bagi positive sikit ayat supaya orang senang bagi ( VE ni atas orang yang buat, ada org pandai buat kita calm mudah jer jadinya ). So, kalau tak jumpa tu maksudnya, jalan masih tebal la kan dan takde opening lagi.. tapi just imagine dia suruh I admit hari tu jugak  dan dia suruh inject DExa matangkan paru2 baby , . Ye la dah baru 35 weeks, masa tu mmg baby punya lung belum fully developed. Im not a doctor, tapi I selalu baca artikel from the internet and selalu jer baca case study dalam forum2 minah salleh. Jadi I rasa tak sedap hati. Tambahan pulak I ada nak settlekan order customers since hari tu last day of postage yang sampai before raya ! So I bagi lah excuse ada kerja lagi belom settle. Dia kata, kalau kerja ni sampai bila2 pun tak habis ! hehe betul tu.. tapi ni kerja yang urgent nak siapkan untuk hari tu. Dengan slumbernya I just ignore apa dia suruh … then I follow up dengan gynae lain. Taknak la bersalin awal tanpa contraction yang serious dan air ketuban pun belom pecah lagi kut… let it be as normal as possible. Walaupun hati ni risau jugak , sebab mcm2 la dgr ayat2 yang takutkan hati ni… takut cepat sangat la proses nanti tak sempat nak pergi hospital  yada yada yadaa.. even my husband pun kecam I, dia kata better ikut nasihat doctor la dia lagi arif ! For me, kita sendiri pun kena follow instinct and mesti la ada knowledge sikit dengan ambik tau case2 orang lain macamana kalau condition macam kita ni. Gynea tu even adviced I terus C-Sec jer dia kata senang ! sebab I susah nak bagi dia VE .. ugh

So I bulatkan hati, mintak petunjuk supaya Allah tetapkan hati I kalau betul bukan masanya , selamatkan baby ni dan Alhamdulillah ternyata I tak bersalin pun lagi after that , cukup puasa sebulan penuh , itu paaaling puas hati  ! Walaupon, dalam bulan puasa tu makin kuat terasa contraction sebab dehydration mmg tend to kerap skit mengeras. After berbuka tu minum banyak air , then Ok balik. Not deniable,  hidup sehari2 tu tak tenang sebab doc tu dah takutkan I … geram betul jadi kita tak enjoy sangat di saat2 akhir pregnancy. Kalau ingat balik mmg sedih … I kuatkan semangat jugak bangkit bangun dan settlekan kerja2 business.

After dah tak ada keyakinan nak bersalin dengan gynae tu, I tanya pendapat my sister ( dia pun doctor jugak) and dia tanya pendapat her friends , yang lain pun kata better ask for second opinion from other gynae. At that time, rasa macam masa suntuk sangat ! Malay Doctors semua sibuk nak raya jugak, ada yang cuti etc.  Nak cari gynae lain and hospital pun sebenarnya takde idea. Then I consider Pantai sebab kawan kepada my sister recommend Dr. Akmar Suraya , alhamdulillah Dr tu mcm ok nak check I at 35 weeks. Certain gynae taknak terima, sebab bunyi pun pelik kan dah 35 weeks baru nk consult dia takut ada complication ke apa … dia nak tolong check pun I rasa lega sikit. According to her, my baby at that time ok jer takde la turun sangat, cervix opening pun tebal lagi ! So how come the previous gynae buat berdebar orang jer and paksa suruh bersalin awal , at 35 weeks ? Patot la ramai yang bersalin awal (premature birth) mungkin juga sebab dengar jer apa yang gynea advice walau tak betul. Tengok atas condition.  Satu lagi hari tu mungkin semua orang kalut nak balik Raya kan … jadi in case I bersalin time raya dia takde nak handle.

After  dah consult dengan Dr akmar, I pun rasa ok lah I akan bersalin dengan dia lagipun Pantai service memang sangat tip top. Hospital dia pun sangat lengang + modern  and rasa ada privacy. Cuma perlu siapkan duit jelah huhu. Unfortunately dia kata around my EDD tu dia akan ke Europe bercuti, so dia kata she’s afraid that she wont be available masa I bersalin nanti jadi her advice was kena cari gynae lain buat appointment dulu then baru boleh bersalin dengan gynae tu. I was clueless sebab google pun tak de sangat info.. yang famous orang bercerita in blogs semua dah fully booked ! Bila tanya receptionist pun, dia kata dia tak boleh recommend sesiapa .. itu policy, Cuma bila I tunjuk gambar in the pamphlet my first choice Dr Paul ( A chinese male gynae) dia cakap… pandai you tengok orang 😉 Itu maksudnya hati dia pun rasa Dr. Paul ni a good one and very nice person. Yes indeed , bila first time jumpa pun I rasa I have made the right choice ! Walaupun hati dan niat sebenarnya dari awal nak bersalin dengan Dr. perempuan, tapi takde rezeki. Mungkin ada hikmah apa yang terjadi tu, mungkin Allah nak kenalkan dengan gynae yang lebih baik… and I think yes memang dapat yang better ! Alhamdulillah beribu kali sebab I went through a hard time in labour and Dr. Paul was very calm and tunggu I bersalin Normal ( will story in Part 2 )

 

Sabar eh .. hehe

p/s: Update blog sambil nursing , and I have lots of work depan com ni ( edit gambar + update website purdy petals , edit design box baru , edit custom tudung yang bakal nak produce, online shopping ! LOL )

 

-XoXo

 

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *