Bersalin di Pantai Hospital : Part 2

Hi assalam, for those yang curious nak tau πŸ™‚

Sorry for this late post, kadang2 mood blogging ni tetiba jer datang dan pergi huhu sebab tu I rasa I tak layak berblog :d Dari dulu lagi tak pernah nak consistant ! ugghh

Kalau you all dah baca part 1, mesti dah tau kan cerita sebelom pilih pantai hospital ni. It was a last minute decision but Im glad that I’ve opted for this choice. Bersyukur menyerah diri kepada gynae yang ni ( mungkin dah ditakdirkan kenal yang ni sebab biasa kita hanya tau yang mana famous2 dalam blog) , and the hospital is of course tip top lah the service. Cuma kena sediakan fulus jerla *sigh*

A few days before deliver memang dah rasa tak sedap hati and perut makin kuat rasa cramp tu ( braxton hix) usually I just ignore sbb kadang2 itu terjadi sebab mungkin faktor dehydrate jer.. tapi kalau contraction yang kuat dan kerap within 1 hr tu memang kena pergi terus hospital jangan nak lengah pulak πŸ˜€

8.7.2017 , around 2:15 in the morning terjaga dari tidur sebab bila berbalik terlentang, rasa air mencurah2 keluar basah habis katil. I biasa tidur mengiring .. sepanjang pregnant banyak mengiring belah kanan lebih rasa selesa. Tapi malam tu sebelom basah lenjun tu tidur mengiring kiri. Bila dah basah tu ingatkan terkencing jer sebab sebelom ni I bersalin doctor yang pecahkan air ketuban so tak tau nak beza. Bila check bau takde pun bau hancing ke apa.. mungkin sebab minum air banyak mana tau takde bau pulak huhu. So i sambung tidur balik.. mengantuk ! malas nak layan sangat … tidur mengiring tak rasa pun keluar air ketuban , bila tidur terlentang tu baru mencurah2 keluar.

Sambung tidur, around 4;15 am jugak bila nak betulkan badan terlentang sekejap keluar lagi .. aii ni dah something wrong ! mesti air ketuban ni .. keluar mencurah2. Tiba2 berdebar sebab dah around 2 hrs buat tak tau jer. Tapi contraction tak rasa pun. Risau la pulak.. terus bangkit bangun, kejutkan kaashif and sempat lagi tu mintak tolong my husband iron baju :p Bergegas ke hospital sebab risau takut nak terbesalin dalam masa yang singkat ! Kan orang2 selalu takutkan jangan lengah2 if anak no 2 lagi cepat proses bersalin tu. Punya lah my husband pun drive laju giler terus meluru ke emergency. Sebelom tu siap call pantai tanya pasal air ketuban dah pecah takut tak sempat better I pergi hospital selayang lah ? huhu.. dia kata eh takpe datang jer sempat lagi.

Rupa2nya memang iya lah lama sangat I dalam labour, sebab jalan jenis lambat terbuka. Masa mula2 check tu dia VE dia kata 0cm-1cm macam tu. Awat lah gynae tawakal yang check hari tu beriya kata I kena bersalin ! Nasib baik tak ikut cakap dia kalau tak baby prem. Tu pun yang VE korek punya la hai sakit, siap seluk cari2 lagi mana pangkal rahim tak jumpa … aduiyai mengerikan ! Sepanjang 24 hrs labour tu bayangkan berapa banyak kena VE , and sepanjang kena buat tu memang ngilu nya Tuhan jer yang tau. Ada sekali tu doc advice I ambik gas supaya masa buat tu khayal sikit. Rupa2nya bukan lagi Ok sebenarnya baik takyah ambik… lagi meraung sampai menangis satu hospital dengar kut ! ughhh buat malu jer. Drama hindustan wei, meraung2 mcm haper. Sebab seingat I masa ambik gas tu dia jadi sampai kelubuk jiwa, jadi sedihh sakit macam2 lah khayal tu. Husband I kat sebelah pun takut tengok I.. dia kata masa dia VE tu dh lama habis tapi kenapa I still meraung2 nangis lagi ?? Terus Nurse tu dah takut nak VE I after that ! VE ni sebenarnya kena orang yang pandai buat baru la kita tak sakit… ni seluk sampai lebih seminit pastu was2 pulak tak tau kat mana yang dia nak cari tu! Gynae I buat sekejap jer, dah la tak rasa sakit lansung, beza orang pro n tak. Pastu kata2 positive masa dia buat tu membantu supaya kita relax.

Malam sebelum bersalin, I dah risau dan berdoa banyak2 semoga I tak bersalin lagi esoknya tu kaashif ada sports day, kesian dia sebab ternanti2 dia dah practice zumba lama sangat dah, sampai dia bebel asyik2 kena dance … letihhh dah ! Even masuk hospital siap2 nak bersalin tu, Instinct I kuat mengatakan I takkan deliver dalam masa terdekat. So around 7am, I suruh ayah dia bawak dia pergi sports day tu. Terpaksalah ayah dia balik rumah and siap2kan dia untuk join the sports day. Alhamdulillah dia boleh jer pergi tapi sayangnya I xleh nak join sekali *sobs* So from 7 – 12noon macam tu I stay sensorang lah dalam labour room …

Just imagine, I masuk labour room around 5am++ , 8.7.11 until lah the next day around 4am++ ( 9.11.17) baru bersalin ! Siap baca yaasin dua2 orang minta doa sebab dah tak larat sangat dah terbaring atas katil πŸ˜€ Nasib baik jugak ambik epidural kalau tak merana dalam labour room. Tapi still rasa jugak bila VE dah tak tau banyak kali even I refused … dan satu lagi kena pasang tiub kencing byk2 kali pun sakit.. better dia buat sekali jer tinggal bag tu. Last2 baru nak buat malam tu.. ughhh. Mula2 tu epidural tak cukup dose , sebab tu sakit… and petang tu bila I complaint, dia tambah dose terlebih la pulak sampai rasa nak muntah. Macam2 dugaan ! Nasib baik malam tu ada nurse yang ok assist… nama dia Ida. Alhamdulillah terharu sangat dengan layanan dia baik sangat.. she’s a very good nurse. Sampaikan punya lah dia concern pasal kita ni, siap cari extra bantal , sendal belakang… gulung2 selimut kepit kat hujung kaki… tolong buat milo. Dia pamper macam baby ! Nurse lain masa siang tu… datang letak atas meja jer paket instant tu hehe. I rasa bersyukur sangat time2 paling memerlukan sebab dah penat sangat… Allah hantar yang extra caring. Dia VE and pasang salur tiub kencing pun tak rasa sakit sangat. Baru tau rupanya2 tengok atas orang yang handle !

Pastu my gynae tu sangat2 penyabar, dia tunggu sampai I betul2 rasa nak bersalin. Bukan terus zap belah ke apa… even I mintak suruh c-sec pun dia kata, no you dont have to think about c-sec you can deliver normal ! Ni after dah long hour labour … pun still dia suruh sabar ! Gynae yang I jumpa kat tawakal tu siap suruh I bersalin c-sec jer if difficult VE .. beza tak ?? Pastu after kena induce , still lama jugak nak terbuka jalan … baby pun tak turun2 lagi so I takleh nak rasa bila kena push tu … around 3am ++ macam tu doctor advice suruh vacuum jer takut baby lemas! sebab induction ni akan drop heartbeat baby ,, so nak taknak kena lah vacuum. Serah diri jer laa apa doc nak buat demi yang terbaik … Alhamdulillah lega sangat lepas bersalin. Syukur sebab dapat gynae yang sangat2 calm dan penyabar dan nurse yang sangat gentle handle I masa bersalin around 4am++ tu. Setiap kesusahan tu sebenarnya ada hikmah, Allah nak bagi yang lebih baik.

Tapi I refused nak kena sambung salur tiub after bersalin, sepatutnya kena buat ya kalau ambik epidural ( this is my first time so I takde experience , before this bersalin tak ambik epidural) .. nanti merana nak pee macam I hari tu . Dua hari dalam bilik tu kencing atas katil jer … sebab sakit yang terlampau ! After habis kesan epi tu ya Allah .. kita rasa sakit macam tahan kencing tapi otak takleh nak hantar isyarat supaya air kencing tu keluar … so macam kita tahan kecing berganda2 lah sebab banyak jam ! gila sakit… Allah jer yang tau. lagi sakit daripada sakit contraction ! sampai I merayu2 dengan Allah… cukup la ya Alah , cukup la kau seksa aku macam ni ( takut bila fikir2 azab dari Allah kat akhirat nanti lagi sakit )

Pengalaman bersalin second ni lagi seksa … sedih sayu trauma semua ada. Itu la sebenarnya jangan gap lama sangat, nanti akan jadi macam bersalin first time pulak .. rupa2nya huhu. Baru ku tau Β ! Sebelom ni tak pernah fikir pun benda2 macam ni. Takpelah mungkin dah ditakdirkan, semua benda yang berlaku mesti ada hikmahnya, betul tak.

Oh ya, memandangkan ada orang DM dalam ig tanya about cost bersalin di pantai… it depends on gynae and bilik yang available. Sekarang ni kalau google memang tak dapat info dia cakap huhu.. so takpelah I share lah kat sini sebagai info.

 

Hari tu i “terpaksa” bayar Β RM13k ++ Β , VVIP room RM1k++/night ( ni sebab bilik penuh terpaksa bayar bilik VVIP sebab nak bilik single room punya pasal) cost bersalin dalam RM8K++ , and nursery baby RM1500/day if Im not mistaken. Lepas bersalin sangat2 letih me and husband jadi memang terpaksa hantar baby nursery ada orang jaga. Memang mahal sebab pantai service dia tip top, dan satu lagi jadi extra cost sebab bilik tu la terlampau mahal ! Kebetulan on 7.7.17 ramai sangt bersalin c-sec so single room semuaa penuh ! *sigh* Tapi nak buat camne… berpengalaman la i nak merasa VVIP room walau tenat nak bayar … takpelah redha. Husband pun company dia memang tak cover maternity… Alhamdulillah nasib baik ada la rezeki sikit2 bayar sendiri. Tapi worth it la kita bayar banyak tu dengan apa yang kita dapat. Health, comfort memang sangat penting daripada beli benda2 lagi lah patut kita spend on benda2 macam ni, betol tak !

Ok lah till then… if ada apa2 lagi nak tau boleh la tanya I tinggal kat komen tu pun takpe .. πŸ™‚

 

p/s: Sebenarnya I banyak jugak share gambar2 bilik and cerita dalam IG @eadenkash kalau nak tengok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *