Petua Tanam Uri

Hi everyone 🙂

Malam ni kerajinan sikit sebab baby dah tidur , My baby tu kalau dia tidur malam, Alhamdulillah memang jarang ganggu I tidur.. dia tidur sampai ke pagi . Subuh dia bangun menyusu … tu pun sambil pejam mata.. dan terus sambung tidur sampai lah kul 9/10/11 am.  I nak share cara2 I tanam Uri ikut petua orang2 lama. Petua ni I dah apply since first baby lagi , In sha Allah mudah2an bermanfaat … mungkin ada betul / tak betul depends jugak kut atas bayi.. tapi so far I buat menjadi. Terpulanglah nak percaya / tak tapi kita hanya berusaha dan berdoa berserah kepada Allah .. hanya Dia yang menentukan.

Cara tanam uri ni tak boleh buat main2 jugak. Ikut pengalaman baby my sister dulu pernah terjadi, baby dia jadi kepanasan.. asyik menangiss jer. Tengok dia pun macam panas. Nasib baik my mum terlintas nak tanya macamana Uri dia ditanam ? Rupa2nya ayah dia letak dalam plastik dan diikat kemas … bila korek balik dan betulkan cara tanam Alhamdulillah baby ok ! see .. memang ada relation baby dengan uri dia tu.

Masa bersalin, anak no 1 dan anak no 2, both Uri my husband dah mintak siap2 dengan nurse sebelum dia yang bersihkan.. tak harap orang lain buat. Make sure check uri tu sempurna jangan ada yang tertinggal dalam rahim kita dah. Oucch masih ingat lagi selepas baby keluar… proses nak lahirkan Uri pulak rasa berketul keluaar … legaa after that.

Ok First of all, apa2 pun sebelum buat sesuatu mesti dengan ucapan Bismillah …

Basuh betul2 sampai agak2 dah bersih then masukkan dalam sarung bantal , letak Garam buku + Asam Keping dan tanam. Bukan apa nak kena letak garam asam keping bagai tu… taknak bagi haiwan / binatang buas tergali tanah dan selongkar pulak. Uri tu kan baunya darah…Just fikir macam tu jelah.. bukan nak percaya benda karut marut. Seelok2nya tanam lah di kawasan masjid biar selalu dengar azan berkemundang… kenapa orang2 lama selalu kata uri tu kawan baby ? huhu. Tapi setiap anggota tubuh badan kita sebenarnya adalah benda hidup termasuklah bulu2 roma kita … jadi haruslah di uruskan betul2.

Jangan lupa nak tanam kawasan masjid minta izin dengan Tok Imam masjid dulu ya 😉

As simple as that …

kalau rasa bermanfaat jangan lupa share this post , sharing is caring 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *